05 Oktober 2021

Musim Buah

 Alhamdullillah , tahun ni musimbuah memang meriah. Pertama kali dapat merasa makan buah durian daripada 3 batang pokok yang berbuah. Biar pun buah nya tidak banyak seperti orang lain , tapi sekuran-kurangnya dapatlah merasa buah durian daripada pokok sendiri.

Buah manggis , rambutan dan duku langsat puas diberi kepada kawan-kawan. Buah petai juga tidak kalah berbuah. Petai masih galak di pokok berbuah. Alhamdullillah.



















Rumah Baru

 2hb Oktober yang lalu , aku dan isteri buat "rumah baru" untuk 2 pokok cempedak dan 1 pokok durain IOI. Pokok2 tu pun dah berumur setahun daripada dipindahkan ke kebun aku. "Rumah baru yang di buat ini lebih besar daripada rumah sebelum ini , bagi mengelak daripada dirosak oleh lembu. 

Sedih dan kecewa aku bila tuan2 lembu ni tak bertangunggjawab dengan binatang peliharaan mereka. Dibiarkan sahaja lembu2 ni memasuki kebun orang. Bukannya mereka tak tahu.

Pokok Cempedak King yang dah berumur setahun dikebun.

Dibuat "rumah baru"

Dah siap satu


Besar sungguh rumah baru ni.





Pokok Durian Musang King

     26hb September hari tu , sehari selepas ulang tahun aku yang ke 54 , aku pindahkan anak pokok durian  Musang King ke kebun. Anak pokok ni adalah hadiah daripada pembekal baja ,dimana aku dapat 2 anak pokok durian Musang King yang ketinggian dalam 1 kaki.

    Kedua-dua anak pokok tu aku bela dulu dirumah selepas  memindahkannya kedalam polybag yang lebih besar. Memandangkan sekarang adalah musim hujan dan ketinggian pokok tu pun dah mencapai ketinggian 3-4  kaki , jadi aku rasa sesuai untuk untuk dipindah ke kebun.

    Seminggu sebelum tu,  aku dah menyediakan lubang untuk ditanam pokok tu. Seperti biasa , pokok tersebut perlu "dikandangkan" dengan plastik hitam. Kandang tu aku dan wife buat besar untuk mengelak daripada musuh lembu dan binatang lain.

 Peneman setia yang sedia membantu.

Anak pokok durian Musang King masih dalam polybag

Selamat dipindahkan ke rumah baru.

Dikepung dengan jaring hitam untuk mengelak serangan Lembu...:(

Semoga pokok durian Musang King ni dapat menghasilkan buah yang banyak supaya dapat dikongsi rezekinya.Aamin.



12 April 2021

Petai dan Musang King


Waktu sekarang ramai pekebun masuk kebun , mendongak keatas. Sekarang pokok-pokok buah-buahan sedang lebat berbunga. Kat kebun aku pokok durian,rambuatn, duku langsat , manggis dan mangga tengah berbunga. Kalau ada rezeki dapatlah merasa buah-buahan tu.

Pokok petai pulak dah ada yang boleh diambil hasilnya. Dua minggu berturut aku dan wife kutip hasil petai. Dua minggu lepas minta seorang budak tolong panjatkan sebab buah-buah petai ni tinggi , galah pun  tak sampai nak kait.


Ini hasil 2 minggu lepas daripada 2 batang pokok



Ahad lepas ,aku dan wife perasan ada buah-buah petai yang rasanya boleh diambil dengan galah yang kita orang ada. Buahnya tidak la sebanyak yang sebelum ini.
Boleh tahan susah juga nak ambil petai-petai sebab galahnya sambungan daripada 2 galah.




Panjang betul galah ni...



Ini hasilnya untuk minggu lepas



Woman of the day.



Sehari sebelum tu , hari sabtu 10/04/2021 ( hari ni juga adalah tarikh kenduri Walimatulurus xstudent aku, Rasydan dan pasangannya ), aku sempat pindahkan anak pokok durian Musang King ke kebun. Anak pokok tu dah lama aku beli tapi aku jaga di rumah dulu. Memandangkan sekarang musim hujan , so aku rasa sesuai untuk dipindahkan ke kebun. Semoga pokok ni akan menghasilkan buah yang banyak. Aamiin Ya Rab Bil Alamiin.








Nota : Aku ingin menulis tentang pembelian emas sebagai asset melalui pengalaman aku. Tapi masih tak berkesempatan lagi.











01 Februari 2021

My First Chainsaw

 Aku tak pernah guna chainsaw dan aku memang fobia dengan barang elektrik yang tajam seperti mesin rumput dan chainsaw. Mula la terbayang yang bukan-bukan bila ingatkan peralatan ni. Tapi aku perlukan sesuatu untuk menebang anak-anak pokok kat kebun aku. Tak larat nak guna parang , kudrat dah tak ada. Kalau sebatang dua bolehlah. So , penyelesaian nya ialah kena beli CHAINSAW.


Lama juga aku survey untuk beli chainsaw ni. Tanya orang yang pernah guna. Ada je kawan yang offer untuk pinjamkan chainsaw dia, tapi aku tak selesa sebab aku tak pernah guna takut rosak nanti. Aku survey chainsaw ni sampai ke kg aku di Perak. Tapi tak beli uga.

Akhirnya aku beli chainsaw yang matanya hanya 12 inchi , paling kecil dengan harga 300 ratus lebih.

Mula-mula guna memang risau juga.  Tapi Alhamdullillah dapat juga potong bebrapa batang anak pokok.

Nasihat aku , kalau nak guna chainsaw ni kena ada ilmu juga. Kena cuci@service selepas stiap kali guna. Kena buang habuk-habuk kayu daripada  pokok yang kita tebang. Pastikan minyak hitam cukup. Selain daripada itu, kena pastikan juga rantai dia tidak longgar.



Mula-mula guna.

Rantai dia tercabut.


Ist time service .

Cuci habuk-habuk pokok yang terlekat pada chainsaw.

Banyak habuk.

Pastikan Peralatan dia cukup masa nak service.

Sekarang ni chainsaw aku ada masalah , tak boleh nak hidup. Mungkin kena hantar kedai. Bagi aku kalau nak beli mugkin boleh beli saiz 14 inci kot. Yang aku punya ni 12 inci kecil , so boleh tebang pokok yang bersaiz kecil. Tapi kalau nak tebang pokok-pokok besar , kena beli saiz atas 20 inci la.
Yang aku punya dia , tak boleh pakai lama-lama sbb mudah panas enjin dia.

28 September 2020

Cempedak King 26-27 Sept 2020

Aku dah sediakan 3 lubang untuk ditanam dengan pokok baru , 1 untuk pokok lemon dan 2 untuk anak pokok cempedak. Anak lemon aku dah tanam 2 minggu lepas sebab anak pokok dah dibeli.

Anak Pokok Lemon

Aku tak "kurung" pun pokok lemon ni sebab dia pokok berduri , selalunya musuh-musuh dia tak suka. Harap-harap dapatlah rasa hasilnya. Tambahan pula banyak khasiat buah lemon ni.

Dua minggu lepas ada kesempatan untuk beli pokok cempedak kat pasar pagi Merlimau. Aku beli 2 batang pokok anak Cempedak King. Penjual tu kata buah dia pangjang. Aku ikut aje. Sebanrnya aku nak beli 2 jenis yang berbeza. Rupanya sama jenis , harga RM18 sepokok , penjual bagi RM35. RM1 discount :).

Sabtu lepas aku tanam anak-anak pokok cempedak King tu.

Anak pokok Cempedak King yang pertama

Anak pokok Cempedak King yang kedua

Kena kurung sebab musuh dia banyak .


Guna PVC sebagai tiang , beli di kedai haraware ,RM19 sebatang ,19 kaki dipotong 4.
Cuba cari maklumat berkenaan Cempedak King tapi tak jumpa. Semua carian pergi ke Shoppe atau Lazada.

Ni pokok Durian 101 , aku letakkan pelapik kat pangkal pokok untuk elakan panas. Beli kat shopee , apalagi :))
https://www.google.com/search?q=cempedak+king&oq=cempedak+king&aqs=chrome..69i57j0l7.3881j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8




Hari Ahad , kita orang membaja aje. Baja organik beli daripada jiran taman . 25 KG harga dia RM35. Sempatlah membaja kat 4 batang pokok durian yang dah besar , pokok-pokok duku langsat dan manggis. Minggu depan rasanya perlu membaja lagi.

Yang tak tahannya , aku disengat penyengat semasa menebas anak-anak pokok kat tepi pagar kebun. Di sengatnya kat bahagian mata. Nasib baik tak kena pada anak mata.  Sakit...mmg sakit dn rasa tak selesa. Petang baru pergi klinik, kenalah 1 injection dan kena makan ubat-ubat yang banyak ni.



Mata membengkak dek penyengat

4 jenis ubat yang perlu ditelan.